Wednesday, July 20, 2016

7 FALLS, 8 GETTING UP!

Aku ingat belajar kat u ni macam kat sekolah tapi aku silap. Aku tersangatlah silap, aku tak struggle langsung untuk tebus SPM aku.

Sem 1 - Aku tersangatlah main main, org study final aku tengok movie. At last result keluar memang frust gila. Sem 1 aku berjaya dapat 2.7.

Sem 2 - Diikuti dengan sem 2, aku tak main dah aku study cumanya aku tak score test quiz semua tu, carry mark sikit, aku ni category lembab la jugak dalam kelas tu, aku berjaya dapat pointer 2.54.

Sem 3 - Dan tak terlepas jugak sem 3 dengan keputusan yang tak patut dibanggakan 2.65 tapi alhamdulillah naik la sikit. Aku masa ni barai gila sebab ada field trip aku tak suka betul lect india tu dia ajar satu apa tak faham aku dah la tak suka bio ecosystem tu. Stress betul!!!

Tak kisahlaa orang nak kata apa pun. It's okay aku redha aku terima tapi aku tak biarkan.

Sem 4 - Aku bangkit daripada jatuh dengan kawan baru, roommate baru, kekuatan baru, semangat baru. Semua yang ada tu tak lepaskan aku walaupun sikit, depa tolong aku push aku, tak pernah pandang rendah walaupun depa every semester dean 3.8, 3.7, 3.6. Depa bantu aku sedaya upaya, tak kurang roommate aku yang rajin gila bapak sampai buat aku rasa malu dengan dia sampaikan last sekali kami pulun study sama sama kami struggle, jumpa lecturer ( tapi last tu ada konflik sikit biasa la alau dah sama course ni). Tapi sikit ja, lepas tu baik pulak. Aku bersyukur dapat kawan macam depa semua, aku nampak perubahan yang ada kat diri aku, bukan aku ja tapi ada lagi yang lain yang nampak. Tepat jam 12.14 tengah malam 15/5/2015 email masuk. Masa tu bergetaq tangan aku nak bukak. Aku berdoa kat Allah aku berdoa kalau aku tak dekan pun asalkan aku dapat 3 pointer. BISMILLAH aku bukak dan....... Alhamdulillah aku berjaya buktikan yang aku boleh, aku berjaya tebus keputusan SPM aku dulu. 7 times fall, 8 getting up! Ni lah hadiah paling tak ternilai unuk mama dengan abah. Alhamdulillah dean's list  (3.63).

Aku tak pergi pun sebab member aku semua tak pergi, aku tak kisah, yang aku kisah, aku dah buktikan kat semua yang aku memang boleh

Walaupun agak terlewat untuk aku tapi aku mampu ubah persepsi manusia manusia lain. Tidak ada apa yang mustahil dalam hidup kita, walaupun aku tak minat dengan sains tapi aku cuba aku cuba untuk minatkan untuk berjaya untuk buat mama abah senyum. Usaha doa tawakal itu yang penting dalam sebuah kejayaan. Aku dah merasa jatuh aku dah merasa naik, hidup ni macam roda kadang dekat atas kadang dengan bawah, kita yang menentukan berapa lama kita di atas dan berapa lama kita dia bawah. After that, aku try maintain pointer aku atas 3.00 and alhamdulillah takde dah dapat 2 pointer, bukan nak berlagak cuma kira apa yang aku usaha tu paid off orang kata. Bukan senang, sakit jugak.

Setiap kali exam aku dapat keputusan cemerlang sejak tadika, UPSR aku mendapat keputusan 5A, PMR dengan leputusan 7A 1B tapi kejayaan bukan milik kita sepenuhnya, aku kecundang SPM dan 3 semester awal di universiti. Allah cuma bagi dugaan sikit cuma bagi kejatuhan tu sikit sekejap. Tapi alhamdulillah aku mampu melawan kegagalam aku mampu meletakkan aku di bawah dengan jangka masa yang tak terlalu lama, aku sedar dan aku bangkit dengan niat untuk meletakkan kembali aku di atas. Alhamdulillah aku berjaya :) Terima kasih ya Allah, terima kasih mama abah, lecturer yang meredhai ilmu yang diberi, kawan kawan yang tak pernah putus membantu yang tak pernah jatuhkan semangat serta tak pernat kedekut dengan ilmu yang dikongsi. 

No comments: